27 November 2010

Puisi Hati

Kala itu ku duduk sendiri,
Memuhasabah diri selama dijadi,
Mencari kekuatan dalam mendaki,
Agar tak jatuh di jurang sepi,
Tidak menjadi makhluk keji,

Diri terpanggil untuk merenung,
Adakah engkau dah cukup penampung,
Nanti akan pulang ke kampung,
Bertemu Robb ku yang Maha Agung,
Miliki syurga tiada terhitung,

Renung juga kelemahan diri,
Buat tangkal penguat jati,
Agar yg busuk dihambat pergi,
Agar yg harum makin ditanami,
Buat mengharum taman duniawi.

Andai cuma merenung diri,
Bagai bunga kembang tak jadi,
Amal perlu ditambah lagi,
Kerna ia benih di sini,
Sehingga akhirat bertemu Ilahi.

Merenung Perjalanan (AAM, BI, 22-11-2010,0005)

11 November 2010

Mohon maaf kerana sudah lama tinggalkan aktiviti menulis...

Alhamdulillah, Allahu Akhbar walillahilhamd

Hari ini, alhamdulillah aku kembali memetik keyboard komputer ku untuk menulis di sini. Walaupun memang selalu dan hari-hari aku petik keyboard ni, tapi bukan untuk menulis di sini tapi untuk tujuan bisnes, dakwah dll. Namun, hari ini insyaAllah aku berkomitmen untuk memetik keyboard ini dan memasukkan agenda menulis kembali dalam jadual mingguan ku. InsyaAllah.

Tulisan ku yang terakhir adalah pada malam-malan terakhir bulan Ramadhan dulu. MasyaAllah dah lama, dah berjanggut pun kalau nak dikira lama. Selepas daripada tulisan itu, inilah pula aku menulis lagi di sini. Mudah-mudahan istiqamah terus....

06 September 2010

Detik-Detik Terakhir

Bismillah walhamdulillah, as-sholatu wassalamu 'ala Rasulillah...

Amma ba'du.

Malam ini adalah malam ke 28 bagi bulan Ramadhan ini. Sudah hampir sampai ke penghujungnya. Ya, ramadhan hampir sampai ke penghujungnya. Begitu singkat dan pantas sekali putarannya untuk mengakhiri pusingannya buat tahun ini.

Aku jadi terkilan, kerana begitu lemahnya diriku untuk menghiburkan mu wahai Ramadhan. Engkau yang dihiasi Allah Jalla wa 'Ala dengan pelbagai kecantikan dan kelebihan, namun aku yang hina ini begitu sombong terhadap mu. Ya Allah, ampuni segala kelalaian hamba Mu ini yang telah berlaku sombong terhadap ramadhan pemberian Mu.
________________________________________________

Hari ini, aku diserang sakit kepala. Sakit kepala dikeranakan tekanan darah rendah. Hahaha...sudah lama tidak datang penyakit yang satu ini, kira-kira 8 bulan lepas yang paling akhir. Mungkin ada perancangan daripada Dia untukku dengan memberikan penyakit ini.

Dengan beberapa tanggungjawab yang masih belum aku laksanankan, tentunya ia amat menghambat perancangan ku. Namun begitulah Maha Suci Allah, inilah masa yang diberikan-Nya kepada ku untuk aku bermuhasabah.

Fikiran ku melayang kepada hari-hari terakhir bulan syaa'ban. Aku telah menanamkan beberapa azam buat diriku di ramadhan kali ini. I'tikaf di masjid setiap malam dalam bulan ramadhan (hanya berjaya ku lakukan 18 mlam sahaja, yang lainnya aku lalaikan....ya Allah inilah aku hamba Mu yang lemah), tilawah al-Quran setiap hari 2 juzu ; 1 juzuk bacaan dan 1 juzuk dalam solat (alhamdulillah dibuat, namun berkualitikah?), bermanis muka dengan seluruh muslimin yang ku jumpai dan ada beberapa lagi yang aku azamkan yang ku rasakan tidak begitu penting untuk aku ungkapkan di sini.

Persoalan yang lebih penting daripada itu, apakah ibroh yang dapat aku peroleh ketika mana aku berjalan di bulan yang sungguh sangat mulia ini? Masih belum cukupkah dalil-dalil daripada al-Quran dan daripada hadith berkenaan keutamaannya, keistimewaannya, keberkatannya, kerahmatannya dan pelbagai lagi tawaran yang ada di dalamnya.

Dalam hampir sebulan, aku lihat bagaimana ikhwah dan akhowat dakwah tidak berkurang militansinya dalam dakwah, masih tegar turun ke medan untuk membangun dan membina darah-darah baru dalam dakwah. Ada yang turun ke selatan, ada yang naik ke utara, dan tentunya tidak kurang pergerakan di kawasan 'centre' dakwah. Tiada keluhan yang ku dapati daripada mereka. Melainkan kegembiraan dan obses terhadap perkembangan dakwah yang semakin hari semakin berkembang pesat. Manakan tidak, hampir setiap medan yang diterjuni menunjukkan percambahan benih dakwah yang ditugal.

(alamak dah nak dekat jam 2330, aku kena ke masjid dulu untuk i'tikaf ok lah....)

22 June 2010

Peristiwa Di Subuh Hari


(Khusus Untuk Para Isteri Pendakwah)



Apakah yang akan anti lakukan apabila pada awal pagi zauj (suami) anti baru tiba di rumah dengan wajah yang kuyu? Anti akan pura-pura tidak mendengar ketukan pintunya dan meneruskan mimpi-mimpi yang sedang anti nikmati?

Atau anti akan berlari-lari ke muka pintu, menjawab salam dengan bersemangat dan memberikan senyuman manis seraya menyapa : "Cepat masuk Bang, sejuk tu angin diluar, nanti ayang buatkan minuman panas untuk abang, biar panas dan segar sikit tubuh nanti.."

Para suami yang telah bekerja seharian demi memenuhi keperluan nafkah isteri dan keluarga, dan ditambah lagi dengan tugas-tugas dakwah yang ada pada malam itu (halaqoh, ta'lim, syuro dll sbgnya) harus ditunaikan sehingga dia pulang awal pagi, sambutan zaujah (isteri) yang penuh deraian senyum barangkali menjadi harapan. Betapa kecewa seorang zauj, yang pulang menembus kedinginan malam, disulami salakan anjing-anjing penjaga rumah serta rasa kantuk yang memberat di kepala, tiba-tiba dihadapan pintu dihadang pula kedinginan sikap, kurang mesranya sambutan, atau dengkuran sang zaujah.

Sungguh, zaujati (isteri ku) seorang zaujah yang baik. Dia pada malam itu, sebagaimana selalunya yang berlaku dalam kehidupan, aku pulang larut malam. Dia (zaujati) membuka pintu rumah dengan hati-hati agar tidak mengejutkan bayi kami yang baru umurnya empat bulan, Izzuddeen. Akan dia ucapkan salam sebelum aku mengucapkannya. Dicium tangan ku sebelum aku habis membalas salamnya. Diambilnya sepatu ku dan diletakkannya di rak lalu dirangkulnya beg sandang yang menemani ku seharian ini. Disediakan minuman untuk ku sebelum aku memintanya. Dan dia tahu minuman apa yang menjadi kesukaan ku apabila pulang lewat malam.

"Letih bang? Tentu banyak tugas yang mesti diselesaikan hari ini. Ini susu hangat untuk abang, abang nak air panas untuk mandi?"

Aku tersenyum melihatnya. Ku balas "Jazakillahi khairan. MasyaAllah, tentu ayang sibuk hari ini; memasak, mencuci, mengemas, mengasuh anak dan harus menulis pula. Cukup dengan mengingat itu semua, lelah abang hilang sudah".

Kata-kata pujian ku untuk zaujati tercinta, yang selalu terbangun kerana membukakan ku pintu, rela mengorbankan kantuk dan letih untuk menyediakan aku minuman dan air hangat untuk mandi. Mudah-mudahan dengan sedikit pujian yang tidak membantu apa-apa, akan membangkitkan lagi kasih-sayang, rasa setia dan keinginannya untuk terus berjuang di jalan di mana aku menapak sekarang, jalan dakwah. Selalu ku ucapkan kata-kata itu pada momen yang sama. Mudah-mudahan dia tidak bosan mendengarkannya.

"Ayang hanya memikir dan mengurus anak yang satu, sedang abang memikir dan mengurus ummat yang sejuta, dengan aneka asam dan garam. Tentulah ayang yang harus membantu abang".

"Alhamdulillah, abang bersyukur pada Allah kerana dikurniakan zaujah seperti ayang".

"Alhamdulillah, kebahagiaan dan kemuliaan yang besar bagi ayang kerana bersuamikan abang".

"Bagaimana dengan Izzuddeen? Sudahkan baik demamnya? Bagaimana dia sekarang?".

"Alhamdulillah, sudah kebah (baik) demamnya, sudah kembali menyusu dia. Alhamdulillah, sudah senyum meleret pada umminya. Dia tidur awal malam ni. Mungkin ayang perlu memperhatikan dia dengan lebih lagi, maafkan ayang..! ".

"Jazakillahi khairan. Mungkin abang yang harus perlu memerhatikan tugas abang agar tersisa lebih waktu untuk abang membantu ayang menguruskan hal rumah dan melayani Izzuddeen. Itu tetap tanggungjawab abang sebagai zauj".

"Tak mengapa bang. Tetaplah abang pada tugas yang abang pikul. Janganlah kendur atau surut sedikitpun. Tugasan di rumah dan mengurus Izzuddeen, janganlah mengganggu konsentrasi abang terhadap dakwah. InsyaAllah, akan ayang urus dan didik dengan lebih tekun lagi".

"Betapa mudah kita melakukan pengorbanan, namun agak sulit kita mengukur keseimbangan".

"Ayang sentiasa bermohon kepada Allah, agar kita diberi kemenangan dan kemudahan dalam mengurus ummat dan keluarga".

Aku kemudiannya melemparkan senyuman yang paling manis untuk dia. Agar terubat letih dan kantuknya. Agar tambah semangat padanya untuk berkhidmat pada Allah, Rasul dan suaminya. Meneguk minuman, bangkit berwudhu' dan sholat witir tiga rakaat.

Suara kokokan ayam sesekali menembus kepekatan dini hari. Berapa orang zaujah-kah yang senantiasa menerima kehadiran suaminya pada waktu sebegini? Berapa banyak daripada mereka yang sanggup mengusir kantuk, dan bergerak lincah ke muka pintu? Berapa orangkah yang masih menguntumkan senyum pada zauj mereka kala dini hari berangkat meninggalkan malam?

Dan kadang kala, aku juga tertanya-tanya, berapa orang zauj-kah yang melayani zaujahnya seperti ini?

Dakwah sesungguhnya memerlukan pengertian, pengorbanan dan kesabaran.

Ya Allah, berikanlah kepada kami kesempatan untuk istiqomah pada jalan-Mu.......

31 May 2010

Pejuang Takkan Pernah Berundur Dari Medan Juang...

Assalamua'laikum Warohmatullahi Wabarokatuh

Hari ini, tentera haram Israel la'natullah telah mula menyerang kapal-kapal bantuan kemanusiaan di perairan antarabangsa 150 kilometer daripada pantai Gaza. Antara kapal yang diserang oleh tentera khinzir dan kera ini adalah kapal Freedom Flotilla yang mengakibatkan 16 orang (setakat jam 1700) syahid dan 30 orang yang lainnya cedera. Selain itu kapal Marmara Mavi juga telah diserang yang mengakibatkan 3 orang (setakat jam 1700) syahid dan terdapat juga mangsa yang teredera. 4 buah kapal lain juga turut diserang oleh kapal-kapal perang, helikopter-helikopter tentera khinzir dan kera tersebut. Salah seorang yang turut tercedera adalah Syeikh Raed Shalah, salah seorang ulama' Palestin dan menjadi salah seorang aktivis yang menaiki kapal misi bantuan kemanusiaan tersebut.

Ikhwati Ilallah,
Pada hari ini, sudah terlalu jelas para kuffar terutamanya Yahudi Zionis la'natullah ini mengisytiharkan perang terhadap seluruh dunia. Dengan mereka menyerang kapal bantuan kemanusiaan yang dinaiki oleh aktivis-aktivis dari seluruh dunia, maka mereka ingin mengatakan bahawa mereka tidak takut terhadap tindakan yang akan dikenakan ke atas mereka. Inilah sikap yang telah berkali-kali disebutkan dalam Al-Quran, Hadith dan siroh berkenaan perangai buruk dan keji Yahudi Zionis ini.

Akheel Kareem,
Sekarang bukan masanya untuk kita berpangku tangan, sekarang bukan masanya untuk kita sekadar meratap sedih akibat serangan brutal daripada tentera khinzir dan kera itu, sekarang bukan masanya untuk kita sibuk berbalah siapa legal siapa tidak, siapa benar siapa tidak, siapa ikut sunnah siapa tidak, siapa lebih kuat connectionnya dengan IM atau sebagainya. Tetapi, inilah masanya untuk kita bangkit kembali menghidupkan roh seruan boikot kita yang sekarang kelihatannya semakin malap. Bagi yang masih belum sedar dan baru tesedar, gunakanlah segala keupayaan yang kalian miliki, kewangan, IT, penulisan, puisi, dan pelbagai kebolehan kalian untuk sama-sama kitamenghancurkan kekuatan kaum khinzir dan kera itu. Bagi mereka yang telah lama istiqamah dalam usaha menelanjangi kejahatan Yahudi Zionis kepada masyarakat, aku ucapkan Barokallahu lakuum, tetaplah kalian istiqamah, sabar dan tsabat atas usaha kalian menerangkan kepada masyarakat tentang Boikot dan sebagainya, bahkan keluarkanlah potensi kalian yang optimum atas segala usaha yang kalian lakukan. Mudah-mudahan itu menjadi modal kalian untuk bertemu Allah, saat Allah SWT bertanya apakah usaha kalian untuk membantu saudara-saudara kalian yag dizalimi, maka insyaAllah dengan izin-Nya dapat kita tunjukkan usaha kecil kita ini sebagai bukti kepada Allah.

Ikhwatul Kiram,
Sekarang, marilah kita bersama, kembali bergerak, menyebarkan risalah, menyebarkan poster, flyers, dan apa saja berkenaan gerakan memboikot barangan keluaran Israel, atau barangan keluaran syarikat yang menyokong dan membantu Israel. Ini kerana sebahagian masyarakat kita masih belum tahu dan belum sedar akan hal ini. Mereka tidak pernah diberitahu, atau tidak pernah diterangkan atau minimal diperingatkan tentang masalah boikot barangan yahudi dan penyokong mereka. Di sini aku lampirkan poster boikot untuk sama-sama kita sebarluaskan.



27 May 2010

Peristiwa Minggu Lepas

Assalamua'laikum Warohmatullahi Wabarokatuh.

Alhamdulillah, Allah masih lagi memberikan kepada kita kesihatan dan masa lapang. Untuk kita manfaatkannya selama masih lagi menjadi rezeki kita. Bila tidak nanti, insyaAllah akan Allah kirakan kesihatan dan waktu lapang yang telah kita gunakan untuk kebaikan.

Pada minggu lepas, aku tak banyak senyum. Sama ada aku pergi untuk training di Gopeng, atau aku bergerak ke mana-mana. Orang-orang disekitar ku tertanya-tanya kenapa aku begitu? Adakah aku sakit, atau terjadi apa-apa yang tak diingini, atau penurunan iman, atau...atau...atau...

Minggu lepas juga, 2 kali waktu subuh tidak aku berjemaah di masjid. Bukan kerana tidak sedar, bukan kerana malas (nauzubillah), bukan kerana tidur balik selepas tahajud. Ini mencetuskan kerisauan di benak murobiku. Walau tidak dia nyatakan secara terus kepada ku, tapi aku dapat merasakannya kerana dalam setiap perkataannya disampaikan penekanan terhadap solat subuh berjamaah...solat subuh berjamaah...solat subuh berjamaah...




Semua yang berlaku kerana sakit kepala....Ya sakit kepala. Aku pada minggu lepas diserang sakit kepala bertalu-talu. Kebanyakannya pada waktu subuh. Sebab itu aku solat di rumah saja. Tak larat rasanya untuk aku menapak ke masjid.

Oh ya, ikhwah-ikhwah se-halaqah denganku pun merasa hairan dan pelik dengan aku waktu halaqah lepas. Bukan aku tak perasan, tapi sakit kepala lebih perlu untuk aku melayannya. Terasa habis tenaga ku untuk menahan sakit kepala yang hinggap ketimbang bercanda ria dengan ikhwah-ikhwah. Sehingga ada seorang ikhwah bertanya kepada ku, lalu ku khabarkan akan perihal diri ku, maka faham lah dia akan situasi ku. Dia menambah, antum tidur malam tuh dalam keadaan masam. Err..waktu halaqah ker? Ana tak tidur, cuma bersandar sambil menikmati sakit kepala sedaya yang bisa kerana mungkin itu sakit kepala ku yang terakhir dan selepas ini tiada lagi sakit kepala. Siapa tahu?

Minggu lepas juga aku disibukkan dengan pelbagai aktiviti yang aku rasa hmmmm....sangat banyak makan masa yang aku ada..tenaga juga. Dengan lawatan kawan-kawan tunas mekar daripada Kedah, sehinggalah projek 'tea compose', survey lokasi marketing dan study lokasi... wuuh....bisa pancit gue...





Apa pun semua itu dah berlalu. Pada minggu ini, aku kembali normal. Kembali dengan senyum ku yang lebar sampai ke telinga. senyum untuk ikhwah-ikhwah dan muslimin-muslimin sekalian. Alhamdulillah aku kembali menikmati keadaan asal ku dan aku akan merindui saat-saat aku dilawat oleh sang sakit kepala.

Alamak..sakit kepala balik ker...?

19 May 2010

Luahan Hati....

Assalamua'laikum Warohmatullahi Wabarokatuh.

Innalhamdulillah, nahmaduhu, wanasta'inuhu, wa nastaghfiruhu.

Pada minggu ini, aku banyak memerhatikan/memuhasabah/mengoreksi perjalanan ku dalam dakwah dan jihad ini. Dalam perjalanan ku untuk mencari redha Allah S.W.T, dalam perjalanan mengikuti jalan Rasulullah s.a.w, dalam menyambung mata rantai para sahabat nabi radhiyallahu anhum ajmain, dalam mendukung perjuangan para mujahideen yang mulia dan suci, terdahulu dan sekarang, banyak perkara-perkara yang menyebabkan kita sakit, dipandang 'skeptik', bahkan dikata-katai dengan kata-kata yang menyakitkan. Kerana sang dai ituakan menjadi perhatian orang lain. Mungkin kerana sarannya, mungkin kerana kritiknya, mungkin kerana amalnya dan kerana apa-apa sahaja.




Lagi pula, dalam perjalanan kita untuk memperbetulkan diri dan orang yang bersama-sama dalam soff dakwah, maka tidak sedikit cabaran yang akan kita hadapi.

Awal minggu ini, aku menegur ikhwah-ikhwah ku yang ber'blog'. Teguran ku berkisar tentang tindakan sesetengah daripada ikhwah dan akhowat yang mengomentari blog orang lain. Bagi komen yang membina, alhamdulillah aku ucapkan syukur pada Allah kerana firmannya itu telah berlaku :
"Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (berbuat) yang ma'ruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung".
(QS 3 : 104)

Namun ada segelintir daripadanya memberikan komen-komen yang bagi diri ku yang jahil ini tidak perlu dan tidak membina. Komen yang tidak memberikan manfaat, tidak menyebabkan peningkatan ilmu, peningkatan iman, dan ghiroh untuk beramal. Bahkan mungkin menimbulkan keburukan yang banyak. Antaranya perasaan bangga diri, takjub dengan karya yang dihasilkan, dan yang paling bahaya adalah tidak terjaganya hati dalam hal tersebut. Seorang ikhwah yang berkarya lalu dipuji semata-mata oleh seorang akhowat, maka siapakah yang boleh memastikan bahawa hati kedua-dua orang tersebut terjaga? Atau siapakah yang oleh memastikan hati orang yang membaca komen itu bebas daripada tuduhan-tuduhan atau sekurang-kurangnya sangkaan-sangkaan yang tidak baik.

Astaghfirullah al aziim

Sungguh aku tidak akan redho dengan perbuatan itu yang aku fahami akan menumbuhkan fitnah bagi dakwah dan tentunya bagi orang-orang yang terlibat. Maka aku tegur, aku lantunkan logik atas teguran ku, juga nash-nash yang ku dapati daripada Al-Quran dan hadith. Ketika aku kemukakannya, alhamdulillah, ikhwah-ikhwah tidak kurang juga yang bersetuju atas kritik ku terhadap mereka yang terlibat. Bahkan ditambah pula dengan dalil-dalil dan huraian atas dalil dalil tersebut.

Ikhwati ilallah, sungguh pujian itu tidak memberikan kepada kita sebarang kelebihan atau kebaikan. Bahkan kerana pujian lah banyak orang yang kecundang, banyak yang ketika dipujinya terbang dan akhirnya terhempas kerana pujian yang tinggi kepadanya. Rasulullah s.a.w ada mengatakan bahawa pujian kepada orang itu adalah sembelihan leher kepada orang yang dipuji.

Maka ikhwah fillah, mari kita kurangkan bahkan padamkan perkara-perkara yang tidak memberikan manfaat. Apatah lagi perkara yang menimbulkan mudharat kepada dakwah dan diri kita. Marilah kita kembali membersihkan hati, menata kembali perjalanan hati kita. Agar perjalanan yang payah dan panjang yang kita tempuhi ini tidak menjadi amal yang sia-sia. Dan yang paling kita khuatiri adalah akibat daripada hati yang bercampur baur itu, kita akan terpintal keluar daripada seleksi Allah Jalla wa Ala terhadap orang-orang yang layak dan dipilih oleh-Nya untuk berjuang pada jalan-Nya ini.

"YA ALLAH AKU BERLINDUNG KEPADA MU DARIPADA BISIKAN-BISIKAN HATI YANG TIDAK BAIK. JADIKANLAH AKU ORANG YANG PERTAMA YANG BERAMAL DENGAN APA YANG AKU SAMPAIKAN. BERIKANLAH AKU KEKUATAN UNTUK TERUS MEMBERIKAN PERINGATAN KEPADA KU DAN KEPADA ORANG LAIN.

YA ALLAH, BERSIHKANLAH AMAL-AMAL KAMI DARIPADA AMAL YANG TIDAK BERMANFAAT ".


Akhirnya, aku hidangkan puisi untuk sesiapa sahaja yang mengatakan dirinya cinta pada Allah.





Kalau Allah kita kenali,
Kasih-sayang dan peranan-Nya,
Kalau Allah kita fahami,
Keagungan dan kekuasaan-Nya,

Kalau Allah kita rasakan,
Betapa Dia sangat cintakan hamba-Nya,

Kita akan sanggup berjuang,
Sanggup mati kerana-Nya,
Kita akan sanggup berkorban,
Apa saja kerana-Nya,

Kalau Allah dikenali....

Cintailah Allah, Dia adalah segalanya,
Korbankanlah apa saja keranya-Nya,
Cintakan Allah cinta paling mahal,
Cintakan selain Allah cinta murahan,

Kalau Allah kita kenali,
Dia-lah segala-galanya,
Kalau Allah kita fahami,
Dia-lah pengurus seluruh keperluan kita,
Kalau kita faham,
Allah ini siapa sebenarnya,

Kita akan sanggup menerima ujian kerana-Nya,
Kita sanggup buat apa saja demi cinta pada-Nya,
Kita akan sanggup menerima ujian kerana-Nya,
Kita akan sanggup menderita demi cinta pada-Nya,


Cintailah Allah, Dia adalah segalanya,
Korbankanlah apa saja keranya-Nya,
Cintakan Allah cinta yang abadi,
Cintakan selain Allah cinta murahan,

Ya Allah terimalah cinta ku,
Ya Allah walau cinta ku tiada harga,
Hanya inilah yang ku mampu,
Mempersembahkannya kepada Mu..

Terimalah ya Allah.....

18 May 2010

Salahkah Aku Menegur....


Aku kadangkala bingung memikirkannya. Melihat kepada realita semasa, ya tidak syak lagi ia berlaku. Tapi, merekakan ikhwah dan akhowat dakwah. Dahlah tu duduk dalam jamaah yang sangat menjaga ikhtilat dan perhubungan antara ikhwah dengan akhowat, apatah lagi dengan yang lain.



Namun masalah itu terlalu 'obvious', masakan mereka lupa ayat-ayat Allah bahawa jangan mendekati zina dalam maksud jangan pergi kepada benda-benda yang boleh menyebabkan kita mendekati zina. Adakah mereka lupa sabda Rasul s.a.w yang mengatakan zina itu tidak hanya dengan kemaluan, tetapi ada banyak lagi jenis zina yang lain?

Ataukah mereka terlepas pandang bahawa Rasul s.a.w berkata akan orang yang memuji itu adalah orang yang menyembelih leher saudaranya? Ataukah aku yang tidak faham akan ayat-ayat Allah Jalla wa 'Ala dan sabda-sabda Rasulullah shallallahua'laihi wasallam berkenaan hal ini?

Ataukah syaitan telah menghasut ku untuk mengatakan ini kerana kedengkian di hati ku? Kerana aku manusia yang tidak tahu menulis puisi, tidak punya kredit dalam penulisan atau kurang dikenal oleh seantero maya, kerana itu aku bimbang akannya? Ya Allah, aku berlindung kepada Mu daripada bisikan-bisikan buruk terhadap saudara ku.

Namun, telah ku hadap Dia untuk mengadu, telah ku sujud di hadapan-Nya memohon taubat dan hidayat, telah ku hayati kalimat-kalimat-Nya untuk menari kebenaran dan kekuatan. YAn ku temukan bahkan yang ku temukan adalah untuk meneruskannya. Ya, untuk terus suarakan teguran itu kepada ikhwah dan akhowat dakwah ku. Nanti apa kata mereka? Aku dengki, iri hati, takde kerja jadi cari kesalahan orang lain dan seribu satu macam lagi yang akan ku dapatkan daripada sebuah teguran.

Eh nanti, sudahkah kau tegur dan mendapatkan segala yang kau kata? Tidak. Jadi, jangan berandai-andai dalam perkara ini. Jalankan saja, serahkan segalanya kepada yang Maha Penguasa. Andai Dia yang memberikan kepada mu kekuatan, untuk itu masakan dia akan menyebabkan mu salah dalam tindakan dan pertimbangan. Sesungguhnya syaitan yang menumbuhkan andaian dalam hati mu, kerana dia takut mereka (ikhwah & akhowat dakwah ku) akan kembali sedar perancangan jahat yang terlaknat itu.

Kembali aku bersimpuh untuk memohon kekuatan kepada Sang Empunya Kekuasaan. Aku temukan petunjuknya dalam laluan ku menghadap-Nya, Dia berkata :

"Dia mengetahui (pandangan) mata yang khianat, dan apa yang tersembunyi dalam dada"
(QS 40 :19)

Ia (Iblis) berkata, "Tuhanku, oleh kerana Engkau telah memutuskan bahawa aku sesat, aku pasti akan jadikan (kejahatan) terasa indah bagi mereka di bumi, dan aku akan menyesatkan mereka semuanya". "Kecuali hamba-hamba Mu yang diikhlaskan".
(QS 15 :39-40)

"Dan janganlah kamu seperti orang-orang yang lupa kepada Allah, sehingga Allah menjadikan mereka lupa akan diri mereka sendiri..."
(QS 59:19)

"Dan tetaplah memberi peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu bermanfaat kepada orang-orang mukmin"
(QS 51:55)


17 May 2010

Destinasi Cinta

Assalamua'laikum Warohmatullahi Wabarokatuh.

Alhamdulillah pada Dia yang memberikan keizinan kepada ku untuk mencoretkan kata-kata di sini. Walau aku sbnrnya malu untuk membicarakan soal hati dan perasaan atau dengan kata lain sesuatu yang men'touching' hati ku. Namun sesuatu yang bermanfaat tidak patut untuk ku selindungkan. MUdah-mudahan yang lain juga akan mendapat manfaat daripadanya juga.

Kisahnya bermula apabila aku, akh Zikri dan akh Abu Muhammad dalam perjalanan safar ke Slim River untuk menziarahi seorang akhowat dirumahnya. Di sana kami juga berjanji untuk bertemu dgn seorang ikhwah lagi daripada KL iaitu akh Dr Husaini. Kami bersama menziarahi akhowat tersebut di rumahnya. Kepada ukhti yang sakit itu aku ucapkan "semoga anti diberikan kesihatan yang baik oleh Allah yang tidak ada kesakitan lagi selepasnya".




Kemudian kami bergerak pulang dan berhenti di sebuah restoran di Sungkai. Berbincang berkenaan dakwah, business dan pengalaman masing-masing dengan ikhwah-ikhwah ku (Akh Zikri, Akh Abu Muhammad & Akh Husaini). Sungguh nikmat perbincangan dan bersama ikhwah itu adalah karunia yang besar daripada Allah. Kami bergerak pulang kira-kira sejam selepas itu.

Aku diminta oleh akh Abu Muhammad untuk drive. Dalam perjalanan aku menyanyi kecil di samping perbualan antara kami berkenaan tema seputar dakwah dan pahit manisnya perjalanan dakwah masing-masing. Tiba di Kampung Bali, radio ber'MP3' modulator mengumandangkan lagi yang membuatkan kami begitu khusyuk mendengarkannya.




Lagu daripada kumpulan Mestica, Destinasi Cinta. Sungguh air mata ku hampir tumpah tatkala mendengarkan betapa benarnya bait-bait kata-kata yang dialunkan oleh sang munsyid. Ku kongsikan untuk kalian di sini dengan harapan kalian juga bisa mengambil manfaat daripadanya.

Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

C/O
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku? Ya Allah?



Ya itu saja perkongsian ku untuk kali ini.

Wassalamu'alaikum Warohmatullahi Wabarokatuh

Amaat,

14 May 2010

Kecewakah Engkau...?

Assalamua'laikum Warohmatullahi Wabarokatuh

Segala puji dan syukur bagi Allah yg telah menemukan aku dengan jalan yg penuh dengan cabaran, namun paling pantas untuk menggapai sa'adah.

Sholawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad, qudwah wa uswah panutan umat, imam para pendakwah, panglima para mujahideen. Sholawat dan salam juga semoga tercurahkan kepada para ahlil bait baginda yg mulia, para sahabat wa sahabiah, para tabi'in, athba ut tabien, salaf as sholeh dan kepada semua pejuang agama Allah di seluruh belahan bumi Allah ini.

Sesungguhnya syaitan itu punya jutaan cara untuk memesongkan kita daripada jalan yang kita pilih, tentunya daripada jalan dakwah dan jihad ini.

Kisah 1 :
Beberapa ketika, aku buka friendster ku, setelah lama tidak dibuka, lalu aku masuk ke group sekolah lama dulu iaitu MRSM KT. Tengok-tengok gambar kawan-kawan lama di KT dulu awalnya seronok sebab dapat jugak tengok perkembangan kawan-kawan lama dulu. Dan kalau mungkin untuk aku sampaikan seruan dakwah Islam kepada mereka.

Namun, perasaan gembira itu kemudiannya bertukar kepada beberapa perasaan dan pertanyaan yang lain antaranya :

a. Hebat betul diorang sekarang ni ye.
b. Wah banyak dah kerja hebat-hebat, ada yang jadi engineer, doktor, akauntan, dan yang paling banyak rasanya cikgu.
c. Gambar-gambar mereka bersama dengan perhiasan (harta2) mereka.

dan yang terakhir muncul di hati adalah :

d. Kau bila lagi? Takkan nak hidup biasa-biasa saja. Kawan-kawan kau dulu yang 'kurengg' pun sekarang dah jadi hebat dengan macam-macam harta dan peluang.

Astaghfirullah....

Sungguh itulah perasaan yang dibisik masuk ke dalam hati ku. Andai aku tidak berhati-hati, maka akan aku termakan bisikan itu seperti mana banyak contoh-contoh mereka yang kecundang di jalan dakwah. Bahkan al-Ustadz al-marhum Fathi Yakan (rahimahullah) menuliskan satu buku yang khas berkenaan fenomena berguguran di jalan dakwah.

MasyaAllah sungguh suatu jarum halus yang telah disuntikkan oleh syaitan la'natullah (tentu sekali dia....kalau bukan dia siapa lagi?) ke dalam hati ku. Dia (syaitan) begitu halus dengan tipu dayanya membawa kita menelusuri memori-memori silam, kemudian kenangan-kenangan indah, kemudian kelebihan aku dan kelemahan mereka dulu dan kelemahan aku dan kelebihan mereka sekarang. Ya Allah aku berlindung daripada tipuan syaitan yang direjam.

Tersedar daripada lamunan, terus aku beristighfar panjang. Muhasabah diri dan memperbaiki niat ku. Lalu selepas semua itu menyejuk, aku mula menjawab bisikan syaitan pada ku. Sungguh andainya tidak ku jawab, mungkin aku akan terus saja dihantui dengan bisikan itu, ya bisikan kepada mencari keseronokan sementara di dunia dan meninggalkan jalan yang telah dicontohkan oleh manusia yang paling dicintai Allah, paling banyak berkorban, dan paling cinta kepada umatnya, iaitu Rasulullah s.a.w.

Inilah jawaban ku kepada mu hai hawa nafsu yang tidak pernah tahu syukur, ku katakan kepada mu bahawa, berada di jalan ini adalah lebih berharga daripada seluruh yang kau suguhkan pada ku. Andainya mereka berbahagia dengan kesenangan hidup, harta yang melimpah-ruah, hilai tawa kegembiraan dengan hidup mereka sekarang, maka aku adalah jauh lebih bahagia daripada apa yang mereka rasakan.

Kau akan menjawab bahawa ini adalah jawaban orang gila. Maka, aku katakan biarkanlah aku dianggap gila kerana cinta ku kepada Robb ku, biarlah aku dianggap bodoh kerana sungguh-sungguh mengikuti jalan Rasul ku, biarlah aku dianggap rugi kerana menginfakkan diri ku yang tiada harga ini pada jalan yang telah dilalui oleh mereka yang telah membuktikan cintanya pada Allah...biarkanlah...kerana inilah jalan yang aku pilih. Bahkan aku berazam sekiranya aku akan susah-payah kerana jalan yang ku pilih ini, maka akan terus aku istiqamah di atasnya. Tidak akan sekali-kali aku berpaling daripadanya.

Tahukah engkau bahawa apa yang mereka cari, apa yang mereka mati-matian mengumpulnya, datangnya daripada siapa? Sedarkah engkau bahawa engkau di dunia ini akan hidup ratusan bahkan ribuan tahun dan tidak akan dihisab atas apa yang kau lakukan?

Maka kalau begitu, biarkan lah aku dengan jalan pilihan ku. Aku memilih jalan untuk susah kerana Allah. Kerana inilah jalan yang aku fahami tabi'i-nya. Inilah jalan yang telah Rasul ku mencontohkannya kepada para mujahideen dalam sirahnya yang mulia. Inilah jalan orang-orang yang dekat dengan Tuhan-nya.

Sungguh sanggup aku korbankan bahkan nyawa ku, atas jalan ini. Tidak sekali-kali aku akan tukarkan nilai syurga yang kekal dengan syurga yang fana. Tidak akan sekali-kali aku betah untuk dihumban ke neraka kerana memilih untuk hidup 'merdeka' di dunia menolak untuk hidup di penjara dunia.

Bukankah itu yang diberitahu oleh al-Imam as-Syafi'e (rahmatullah alaih) iaitu : "Dunia ini penjara bagi orang-orang mukmin".

Bukankah al-Imam Ahmad Ibnu Hanbal (rahmatullah alaih) telah memilih untuk berada dipenjara dan dirotan berpuluh-puluh kali sehari ketimbang bebas kerana mempertahankan bahawa Al-Quran adalah kalamullah manakala yang merebak dalam masyarakat bahawa al-Quran adalah makhluk, walau pemerintah saat itu memberikan peluang kepadanya untuk bebas seandainya dia mengakui beberapa patah perkataan sahaja?

Bukankah al-Imam Hasan al-Banna (rahmatullah alaih) telah ditembak kerana usahanya untuk menyedarkan umat bahawa Allah adalah Ilah kami dan kamu, dan kita punya tanggungjawab terhadap Ilah kita?

Bukankah As-Syahid Syed Qutb (rahmatullah alaih) beberapa saat sebelum digantung masih diberikan peluang oleh taghut supaya mengaku bersalah atas tuduhan yang diadakan para taghut terhadapnya dan akan dibebaskan akhirnya. Namun dia menjawab ; "Aku malu sekiranya telunjuk yg aku gunakan untuk solat digunakan untuk menulis sesuatu yang batil?"

Sungguh manusia seringkali terlupa akan hal ini. Iaitu orang-orang yang dekat dengan Allah memilih jalan yang berbenturan dengan pilihan masyarakatnya, berbenturan dengan orang banyak, jalan yang menyebabkan mereka terkorban dan jalan mereka menemui Allah dalam keadaan syahid. Maka bila mana mereka terlupa, pertimbangan mereka adalah menggunakan mu hai hawa nafsu. Aku tidak mahu menjadi sebagaian daripada orang yang terlupa itu.

Maka biarkanlah aku dengan jalan pilihan ku ini. Jalan kebahagiaan ku ini. Jalan yang membuatkan ku tenang di dunia dan akhirat.

Biarkanlah aku.....

"Allahumma ya muqallibal quluub, tsabbit quluubi 'ala deenik wa tho'atik"

"Ya Allah yang membolak-balikkan hati, balikkan hatiku untuk agama Mu dan ketaatan kepada Mu"........amiin ya Roob....

06 May 2010

Safar Dakwah Ke Tawau 2

MasyaAllah kesibukan membataskan aku untuk menulis kisah safar ku ke Tawau. Walau aku dan akhi Abu Muhammad sudah sampai semenanjung pada hari Isnin jam 1900, namun keesokannya, aku terhambat oleh urusan yag telah sekian hari aku tinggalkan sebelum ini. Maklum, orang yang berusaha sendiri, maka segalanya perlu aku selesaikan sendiri. Menulis sambil mendengar muzik instrumental sekali-sekala agak memberikan keselesaan dan inspiratif. Pula, malam ini aku agak senggang. Baru sahaja membaca preface buku Amru Khalid (Hati Sebening Mata Air), baru aku teringat, kisah safar tu belum habis tulis lagi. Maka inilah sambungannya.

2200, Lapangan Terbang Tawau, Sabah (29/04/2010)

Turun dari pesawat, aku dan Abu Muhammad bergerak ke Balai Ketibaan Airport Tawau. Malam ni, agak banyak orang yang baru sampai seperti kami. Mungkin selalunya ramai atau bagaimana ? (Aku pun baru sekali sampai di sini. Jadi tak boleh komen lebih-lebih). Abu Muhammad mendahului ku untuk check-up di kaunter Imegresen. Sampai giliran ku, aku ditegur oleh petugas imegresen di situ supaya menukar kad pengenalanku. Menurutnya sudah begitu teruk, tak nampak muka ku, maam Zorro katanya. Dia tanya "Lahir di mana?", Aku menjawab dengan bahasa Sarawak yg aku pun tak tau betul atau tidak "Kamek lahirnya di sghawak". Hahaha...aku tengok dia begitu yakin bahawa aku mmg datang dari Sarawak gamaknya jadi dia terus bagi balik kad pengenalan ku. Kalau tak mungkn jadi macam kat Airport Kota Kinabalu tempoh hari. Macam-maam soalan ditanyanya, "Datang buat apa lah, barapa hari tinggal di sini lah, tinggal di sini tak boleh lebih daripada tiga bulan lah", huh macamlah Sabah nih bukan negeri dalam Malaysia.

Abu Muhammad melihatku berlenggang tanpa ada pas kenyataan daripada imegresen tadi. Dia tanya "Dia tak bagi kat anta surat ni?". Aku menjawab dengan gelengan kepala saja. Dia dengan sungguh-sungguh menyuruh ku untuk minta surat tu balik. Tapi dia kemudiannya mengangguk bila aku terangkan bahawa kad pengenalanku adalah -13- iaitu kod Sarawak, jadi tak perlu ada sebarang pas.

Di airport, kami dijemput oleh Ustaz Ihsan dan akhi Yusuf At-Tawaui. 2 orang ikhwah yang setia mengabdi diri untuk mengembangkan sayap dakwah di Tawau. Terus, kami di bawa ke rumah akhi Yusuf di Taman Sri Balung untuk bermalam. Sampai di rumah akhi Yusuf, kami disuguhkan dengan makan malamnya iaitu mee goreng. Alhamdulillah, kebetulan kami belum makan malam juga. Aku makan sikit saja, dah malam, tak begitu selesa kalau masukkan makanan berat dalam perut kalau nak tidur. Jam 0035, Ustaz Ihsan mohon diri untuk pulang dan kami pun bersiap-siap untuk berehat. Akhi Yusuf datang membawakan bayinya yang baru lahir untuk kami lihat. Izzudin al-Fateh namanya. Abang kepada Izzudin iaitu Solehuddin al-Fatih sudah lama dibuai mimpi. Abu Muhammad mentahnik Izzudin dengan kunyahan kurma. Aku hanya mendoakan Izzudin dengan doa "Ya Allah, berikanlah kepada dia kefaqihan dalam agama, dan berikan kepadanya alim dalam takwil". Abu Muhammad sempat juga membersihkan tali pusat Izzudin yang belum luruh, sebagai tunjuk ajar kepada akhi Yusuf ke depan.

YA ALLAH BERIKANLAH KEPADA KU KESABARAN DALAM MENERUSKAN TULISAN INI...

Bersambung ya...InsyaAllah..

30 April 2010

Safar Dakwah Ke Tawau


29/04/2010 - 1833 - LCCT

Aku bersama Abu Muhammad sampai di sini + - jam 1545. Sampai, kami solat di surau LCCT – jamak taqdim – dan kemudiannya berehat sambil duduk-duduk. Abu Muhammad membuka beg galasnya dan mengeluarkan Al-Quran lalu dibaca. Aku pula, meneruskan bacaan buku yang baru ku beli (tempoh hari di Bandung). Buku karangan Syaikh at-Tarbiyah, Ustaz KH Rahmat Abdullah (almarhum) – Untuk Mu Kader dakwah.

Pada itu, pengunjung-pengunjung surau tak putus-putus masuk-keluar untuk solat. Tak kurang yang matanya melirik ke arah kami, melihatkan dua makhluk yang asing, satunya sedang membaca Quran dan satunya khusyuk membaca buku dakwah. Mungkin mereka hairan, siapakah makhluk yang duduk merempat di masjid dan membaca al-Quran. Mungkin itu satu pemandangan yang langka pada zaman maju dan berteknologi tinggi ini.

Spontan melihatkan keadaan itu, aku jadi teringat akan kata-kata Syaikh at-Tarbiyah Ustaz KH Rahmat Abdullah iaitu, “Kematian hati, ramai manusia yang tertawa sedang maut mengintainya. Ramai orang yang cepat datang ke soff-soff solat, namun cepat pula perginya, dingin tanpa penghayatan”. Sungguh kata-kata yang begitu tepat untuk menggambarkan keadaan yang aku lalui. Sesungguhnya, permata yang keluar daripada jauhari itu sungguh tidak ternilaikan dengan kata-kata dan harta.

“Attention to passengers flight AK 5156 to Tawau, the gate is open now. Please be ready with your pass and your IC, thank you”. Panggilan sudah kedengaran. Abu Muhammad yang berada disebelahku di balai berlepas menghentikan bacaan bukunya, “Mensufikan salafi dan mensalafikan sufi” karangan Prof Dr Yusof Al-Qaradhawiy dan bersiap-siap dengan tiket dan kad pengenalan. Orang ramai mula beratur untuk masuk ke pesawat.

29/04/2010 – 2040 – Dalam Flight

Alhamdulillah, buku karangan syaikh at-tarbiyah telah pun aku khatamkan. Begitu mengesankan sekali apa yang dicoretkannya. Ianya adalah kompilasi tulisan Ustaz KH Rahmat Abdullah di majalah Tarbawi di Indonesia, majalah ikhwah yang sangat bermanfaat untuk dijadikan sajian minda. Kini, yang menjadi langkah seterusnya buat ku adalah untuk menghadamkan apa yang telah ku dapat daripada buku tersebut secara praktikalnya, sama ada secara fiqriyah (corak berfikir, kefahaman, dan landasan pemikiran) juga secara amaliyah (amal).

Sejenak, ku layangkan pandangan ke tengah pesawat, melihat manusia-manusia yang bersama-sama ku. Aku berangan sendiri, “dalam pesawat yang melayang di udara, manusia masih bersama-sama kesibukan diri mereka sendiri juga, sudahlah di daratan sana mereka sedia adanya begini. Apakah melayangnya pesawat ini tidak dapat memberi pengajaran dan peringatan yang cukup besar buat diri kita? Pengajaran dan Peringatan akan Dia yang Maha berkuasa atas segala-galanya? Sungguh manusia amat sedikit yang mengerahkan fikirannya tentang itu.

Wahai manusia, adakah kau rasa masih ada bagimu waktu untuk kau beramal sesudah pesawat ini mendarat? Jika demikian anggapan mu, maka engkau adalah orang-orang yang benar-benar merdeka. Merdeka daripada maut yang sentiasa mengintai mu setiap detik waktu, tanpa kau sedari. Akan tersunggingkah lagi senyuman di bibir mu wahai orang yang merdeka?

(Rumah Al-Fadhil Ust Ihsan, Tawau, Jumaat, 0933)

28 April 2010

Petang Muhasabah

Assalamua'laikum Warohmatullahi Wabarokatuh

Ku sapa kalian semua dengan ucapan yang paling mulia iaitu salam. Agar doa dan cinta antara kita berkekalan. Mudah-mudahan kita akan dirahmati dan disayangi Tuhan, bertemu kita di jannah-Nya yang menjadi impian.

Alhamdulillah pada petang ini, aku tidak begitu sibuk. Tidak seperti semalam yang agak menguras tenaga dan pikiran. Sungguh Allah itu Maha Kaya dengan kurniaan-Nya. Jikalau semalan, aku merasakan kesempitan masa dan ruang untuk ku berjalan, namun hari ini, Dia telah melapangkannya untuk ku. Jika semalam, tenaga ku terkuras, hari ini dia memberikan yang dikuras semalam bahkan dengan jumlah yang lebih. Sungguh Dia berkuasa dalam memberikan sesuatu kepada sesiapa yang dikehendakinya, dan Dia juga berkuasa menarik sesuatu daripada sesiapa yang Dia kehendaki. Ya Allah aku mengakui akan kebesaran dan kehebatan Mu, ampunilah diriku atas keterlanjuran ku selama ini. Atas kelalaian ku daripada mengingai Mu, atas kelemahan ku dalam menyempurnakan tangungjawab pada Mu.

Hari ini hari terakhir sebelum aku bertolak ke Tawau. Untuk memenuhi sebuah jemputan da'wah di sana. InsyaAllah aku bertolak ke sana pada jam 1100 di Stesen bas Batu Gajah dan flight ku di LCCT pada jam 1830. Oh ya, aku tidak keseorangan untuk ke sana. Arahan itu akan ku pikul bersama dengan ikhwah ku yang amat ku cintai kerana Allah iaitu akhi Dr Abu Muhammad. Aku bersamanya insyaAllah akan berjaulah da'wah Ilallah (insyaAllah) selama 5 hari demi mencari secebis keredhaan Allah di bumi 'dibawah bayu'.









Aku, Abu Muhammad, dan Akhi Umair di Tanah Bandung,

(Rehlah Mencari Cinta Ilahi Di Bandung)




Ikhwati Ilallah, pada petang ini, ku rasakan bahawa suatu perasaan datang bertalu-talu. Rindu! Rindu akan ikhwah ku, murobi ku yang sedang menguras keringat untuk keluarga, ikhwah yang sedang berjuang dalam dewan peperiksaan (Akhi Umair, Akhi Fakhrullah, dan akhi Zainul), yang sedang beriadah di padang (ikhwah2 UTP), berada di Timur (akhi Zikri dan ikhwah2 Pantai Timur), juga yang bakal bertemu iaitu ikhwah-ikhwah di Sabah (Akhi Yusof, Ust Ihsan, Akh Izaidi, Syafiq, dan seluruh ikhwah UMS).

Ya Allah, berikanlah kepada mereka kekuatan untuk terus berjalan pada jalan yang Engkau redhai, ya Robbi, permudahkanlah bagi kami urusan agama kami, janganlah Engkau jadikan kesusahan bagi kami dalam urusan agama kami, wahai yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang, satukanlah hati kami di dunia, sehingga tidak akan terputus ia walau diterpa badai dan gempa, juga ya Allah satukan jua hati-hati kami di akhirat nanti, di dalam Jannah Mu yang penuh sukaria, tiada lagi duka dan nestapa, dudukkanlah kami bersama Nabi Muhammad s.a.w, yang kami rindui dan cintai, bersama para sahabatnya, orang-orang sholeh, mujahideen yang berkorban pada jalan Mu ya Allah.

Sungguh, aku rindu untuk bertemu mereka ya Allah.....juga rindu kepada Mu...

(Ku tulis warkah ini dengan linangan air mata rindu)

27 April 2010

Lagu Untuk Mu....Kader Dakwah

Dah kebetulan ana pergi ke CC yang jauh nih, ana tak lepaskan peluang untuk post sebanyak-banyak post dalam blog ni. So ana rasa kali ini ana nak post lagu yang selalu ana nyanyikan untuk menambahkan semangat dalam meniti perjalan yang panjang ini :

Shoutul Harokah

BANGKITLAH NEGERIKU, HARAPAN ITU MASIH ADA

Tatap tegaklah masa depan,
Tersenyumlah tuk kehidupan,
Dengan cita dan sejuta asa,
Bersama membangun dakwah kita,

Pegang teguhlah kebenaran,
Buang jauh nafsu angkara,
Berkorban dengan jiwa dan raga,
Untuk tegaknya keadilan,

Bangkitlah ikhwah ku,
Harapan itu masih ada,
Berjuanglah ikhwah ku,
Jalan itu masih terbentang,

Slama matahari bersinar,
Slama kita trus berjuang,
Slama kita satu berpadu,
Jayalah negri ku jayalah.

Ayuh, kobarkan semangat untuk berjihad pada jalan Allah

Allah Menguji Ku...

Assalamua'laikum Warohamtullahi wabarokatuh.

Alhamdulillah atas segala limpah dan kurnia yang telah Allah berikan kepada kita semua. Sholawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad s.a.w, ahlul bait baginda, para sahabah wa sahabiah baginda, tabhi'in athba-ut-tabi'in, salafus shaleh dan pra mujahid dakwah di seluruh dunia.

Alhamdulillah, pada hari ini, Allah telah mengujiku dengan beberapa ujian yang seharusnya aku lalui dengan sabar dan tsabat. Sesungguhnya ikhwah wa akhowat fillah sekalian, hidup ini bahkan adalah perjuangan bagi setiap hidupan yang ada.



Betapa seekor burung itu diuji dengn kelaparan ketika dia keluar daripada sarangnya, namun sang burung itu akhirnya berjaya pulang ke sarang dengan perut yang kenyang pada waktu senjanya setelah berjuang seharian untuk mencari rezeki bagi dirinya, anak-anaknya.

Pada hari ini, ujian pertama yang aku hadapi adalah dengan terputusnya hubungan ku dengan dunia siber. Dek kerana wireless modem ku dah tak berfungsi. Wallahu a'lam, tidak aku ketahui sebabnya, namun aku, selaku orang yang memerlukan internet untuk menyelesaikan urusan ku berusaha juga mengangkat kaki ke CC di Seri Iskandar untuk urusan tersebut.

Ikhwati Ilallah, terkadang, kerana kita sudah biasa dan terbiasa untuk senang, jadi kita kadangkala merasa malas dan berat untuk susah. Begitu juga pada ku, terus terang bahawa aku punya halaqah online pada malam ini yang perlu untuk aku uruskan, ditambah dengan keletihan kerana seharian bekerja, asam garam kemalasan itu seolah-olah menjadi sempurna. Cukup 'ummpph'. Namun, ikhwah wa akhowat sekalian, aku jadi sendiri tertanya-tanya, sekiranya tidak aku yang menguruskannya maka siapa lagi yang akan menguruskannya?

Ikhwah wa akhowat fillah sekalian, sesungguhnya, dakwah ini adalah satu jalan yang begitu sukar....ya sukar sekali bagi yang menjadikan hawa nafsu sebagai rakan karib. Kerana itulah Allah Jalla wa 'ala memberikan syurga bagi yang benar-benar ikhlas untuk menapaki jalan ini. Dengan terang Allah SWT berfirman :

"Sesungguhnya Allah membeli dari orang-orang mukmin, baik diri mahupun harta mereka dengan memberikan syurga kepada mereka. Mereka berperang di jalan allah; sehingga mereka membunuh atau terbunuh, (sebagai janji yang bena daripada Allah di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya selain Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang kamu lakukan itu, dan demikian itulah kemenangan yang agung".
(At-Taubah [9]:111)




Mengingatkan kepada ayat tersebut, ku ayun juga langkah kaki ini, berbekalkan keyakinan bahawa Allah sentiasa membantu mereka yang bersungguh-sungguh. Bukankah itu yang Dia firman kan dalam Al-Quran :

"Barang siapa yang berjihad (bersungguh-sungguh pada jalan Kami, maka akan Kami tunjukkan kepadanya jalan-jalan Kami"
(Al-Ankabuut [29]: 69)

Alhamdulillah, berjaya juga aku untuk menyelesaikan 'khojer' ku tersebut. Yang kedua perlu aku selesaikan adalah tentang assingment untuk report yang akan dihantar ke management. MasyaAllah, sebenarnya, report tersebut telah aku siapkan 2 minggu lepas, namun takdir Allah Taala mengatasi segalanya, hilang pulak tempat aku 'save' kan report tu. Sungguh aku seorang yang cuai dan alpa dengan kerja ku. Sungguh Allah sedang mengujiku. Maka aku seharusnya bersabar di atas segala ujian yang Allah telah berikan.

Ikhwah wa akhowat sekalian, hadith Nabi s.a.w dalam kitab Riyadhus Solihiin susunan Al-Imam An-Nawawiy (rahimahullah) dalam bab melawan hawa nafsu ; Rasulullah s.a.w bersabda :

"Sesungguhnya syurga itu dipagari dengan perkara-perkara yang menyusahkan (Makarih-tidak disukai oleh hawa nafsu) dan neraka itu dipagari dengan syahwat".

Sungguh wahai ikhwati Ilallah, sekiranya terjadi sesuatu yang tidak engkau sukai dalam hidup mu, maka ketahuilah bahawa Allah sedang menyediakan jalan bagi mu untuk mendapatkan pahala di akhirat. Dan sekiranya Allah memberikan kepada mu suatu yang hawa nafsu mu sukai, maka berhati-hatilah, agar kemurkaan Allah tidak tertimpa ke atas mu kerana perkara yang kau turuti itu.

Malu rasanya untuk berkongsi masalah dengan orang lain, namun aku berkongsi bukan kerana aku mencari jalan untuk tidak berbuat. Justeru untuk memberikan perkongsian agar ikhwah dan akhowat yang diuji dengan masalah oleh Allah lebih sungguh-sungguh dan lebih meningkat 'militansi'nya untuk menyelesaikan tugas dakwah yang telah di amanahkan kepada setiap daripada kita. InsyaAllah.....

Wallahu a'lam

Adios Amigos...

Amaat

26 April 2010

Perang Keinginan



Manusia hidup dan digerakkan oleh keinginan. Waktu dan segala yang dimiliki manusia diluangkan dan dipergunakan untuk merealisasikan keinginan. Tetapi sebuah pertanyaan menghadang kenyataan aksiomatik ini; iaitu keinginan seperti apa dan keinginan siapa yang patut selalu diikuti?

Manusia dalam posisinya dengan keinginan terbahagi menjadi beberapa golongan:

Pertama: manusia yang hanya mengikuti keinginan dirinya. Tidak ada yang penting baginya kecuali yang dia mahu. Barangkali dia mengira bahwa dirinya merdeka. Merdeka menentukan segala yang dia mahu. Merdeka juga berfikir apa saja yang dia bayangkan. Kebebasan memang penting untuk membentuk keperibadian. Tanpa kemerdekaan seorang manusia hanyalah angka satu yang tidak terlalu penting di tengah jutaan manusia. Tetapi kebebasan ada batasnya. Manusia yang tidak mengenal batas dirinya cenderung egois dan egosentris. Lebih jauh bahkan al-Qur’an menyebut manusia seperti ini sebagai manusia yang menyembah hawa nafsunya. Allah berfirman di surat al-Jatsiyah ayat 23:

أَفَرَأَيْتَ مَنِ اتَّخَذَ إِلَهَهُ هَوَاهُ وَأَضَلَّهُ اللَّهُ عَلَى عِلْمٍ وَخَتَمَ عَلَى سَمْعِهِ وَقَلْبِهِ وَجَعَلَ عَلَى بَصَرِهِ غِشَاوَةً فَمَنْ يَهْدِيهِ مِنْ بَعْدِ اللَّهِ أَفَلَا تَذَكَّرُونَ

23. “Maka pernahkah kamu melihat orang yang menjadikan hawa nafsunya sebagai Tuhannya dan Allah membiarkannya berdasarkan ilmu, dan Allah telah mengunci mati pendengaran dan hatinya dan meletakkan tutupan atas penglihatannya? Maka siapakah yang akan memberinya petunjuk sesudah Allah (membiarkannya sesat). Maka mengapa kamu tidak mengambil pelajaran?” (QS al-Jatsiyah (45): 23)

Rasulullah SAW juga menyebut orang yang hanya mengikuti hawa nafsunya sebagai orang yang lemah.

الْكَيِّسُ مَنْ دَانَ نَفْسَهُ وَعَمِلَ لِمَا بَعْدَ الْمَوْتِ وَالْعَاجِزُ مَنْ أَتْبَعَ نَفْسَهُ هَوَاهَا وَتَمَنَّى عَلَى اللَّهِ. رواه الترمذي وابن ماجه وأحمد

“Orang yang pandai (kayyis) adalah yang mengendalikan dirinya dan beramal untuk (kehidupan) setelah kematian, sedangkan orang yang lemah adalah yang mengikuti hawa nafsunya tapi banyak berangan-angan atas (kurnia) Allah.” (HR at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)

Kedua : Manusia yang tidak punya keinginan kebebasan. Dia selalu didorong oleh pihak luar. Persekitarannya, rakan-rakannya, keluarganya, bahkan musuhnya. Merekalah yang menjadi pusat perhatiannya, dan selalu mendorongnya untuk bertindak. Orang seperti ini tidak punya pendirian. Apa kata orang itulah katanya. Ke manapun angin berhembus ke sanalah dia berlayar. Orang seperti ini sangat dikecam Rasulullah, Baginda bersabda:

لَا تَكُونُوا إِمَّعَةً تَقُولُونَ إِنْ أَحْسَنَ النَّاسُ أَحْسَنَّا وَإِنْ ظَلَمُوا ظَلَمْنَا وَلَكِنْ وَطِّنُوا أَنْفُسَكُمْ إِنْ أَحْسَنَ النَّاسُ أَنْ تُحْسِنُوا وَإِنْ أَسَاءُوا فَلَا تَظْلِمُوا. رواه الترمذي

“Janganlah kalian menjadi orang tidak berpendirian, yang mengatakan ‘jika orang-orang berbuat baik, kami juga berbuat baik, jika mereka berbuat zalim, kami juga berbuat zalim.’ Tetapi kuatkanlah pendirian kalian, jika orang-orang berbuat baik, berbuat baiklah, jika mereka berbuat zalim, jangan kalian berbuat zalim.”

(HR at-Tirmidzi)


Ketiga : Manusia yang selalu berperang antara kemahuan dirinya dan kemahuan orang lain, dan juga kemahuan Sang Pencipta. Dia selalu ingin mendapatkan penerimaan semua pihak tetapi tidak rela mengorbankan keinginan dan cita-cita atau syahwatnya. Golongan seperti ini selalu diumbang-ambingkan dengan ketidakpastian tujuan. Peperangan sengit dan rumit terjadi dalam diri mereka. Yang mampu menemukan dirinya dalam naungan Allah akan selamat, tetapi yang terus tak mampu menemukan skala prioriti akan hidup dalam pederitaan batin dan gejolak pemikiran yang tak berakhir. Allah membuat perumpamaan terhadap orang seperti ini:




” Allah membuat perumpamaan (yaitu) seorang laki-laki (budak) yang dimiliki oleh beberapa orang yang berserikat yang dalam perselisihan dan seorang budak yang menjadi milik penuh dari seorang laki-laki (saja); Adakah kedua budak itu sama halnya? Segala puji bagi Allah tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui.” (QS az-Zumar(39): 29)
Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ جَعَلَ الْهُمُومَ هَمًّا وَاحِدًا هَمَّ آخِرَتِهِ كَفَاهُ اللَّهُ هَمَّ دُنْيَاهُ وَمَنْ تَشَعَّبَتْ بِهِ الْهُمُومُ فِي أَحْوَالِ الدُّنْيَا لَمْ يُبَالِ اللَّهُ فِي أَيِّ أَوْدِيَتِهَا هَلَكَ. رواه ابن ماجه والحاكم وحسنه الألباني

“Barang siapa yang menjadikan pikiran-pikirannya menjadi satu pikiran yaitu pikiran akhirat, Allah cukupkan masalah dunianya. Dan barang siapa yang pikirannya bercabang-cabang di urusan dunia, Allah tidak perduli di lembah dunia mana dia akan binasa.” (HR Ibnu Majah dan al-Hakim dihasankan oleh al-Albani)

Semoga Allah menyelamatkan kita dari musibah seperti itu.

Keempat : Manusia yang menenggelamkan dirinya dalam keinginan Sang Pencipta. Dia hanya menginginkan keredhaan Allah. Dia tahu bahawa dia hanya makhluk yang diciptakan untuk beribadah kepada-Nya. Manusia dalam golongan ini adalah manusia luhur dan suci. Mereka menghayati firman Allah :

“Katakanlah bahawa sholatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan semesta alam.”

Tetapi beberapa tentangan serius menghadapi mereka. Tidak sedikit kegagalan terjadi jika anak Adam ini tidak berhasil menghadapi tentangan-tentangan tersebut.

Tentangan pertama adalah tentangan pemahaman. Sejauh mana anak manusia memahami apa yang Allah SWT tuntut darinya. Berapa banyak orang yang serius beribadah bahkan mengorbankan segala yang dia miliki untuk sesuatu hal yang sebetulnya tidak dituntut darinya. Berapa banyak kewajiban ditinggalkan karena melaksanakan ibadah sunnah yang tidak prioriti dalam neraca Syariah. Berapa banyak kewajiban jama'i diabaikan padahal itu menyangkut kepentingan umum disebabkan sang manusia lebih asyik dengan ibadah sendirian yang bahagiannya boleh dikurangkan. Berapa banyak bid’ah yang dianggap sunnah. Betapa banyak sunnah yang dianggap bid’ah.

Tanpa berpegang teguh pada pemahaman yang benar terhadap Qur’an dan Sunnah, sangat sulit seorang muslim dapat dengan tepat melaksanakan peranan dan tugas yang dituntut darinya.

Kesalahan yang paling parah adalah yang terjadi pada golongan yang menganggap bahawa penyerahan diri terhadap Allah adalah bersikap fatal atau yang dikenal dengan kaum Jabbariyah. Bahwa manusia hanya dituntut menyerah pada takdir, tidak perlu berusaha atau merencanakan masa depan yang baik. Iman kepada takdir mereka fahami sebagai sikap pasif terhadap usaha perubahan.

Umar bin al-Khattab pernah begitu bimbang dengan pemahaman seperti ini, ketika beliau dan beberapa sahabat hendak memasuki daerah yang dilanda wabak. Setelah bermusyawarah akhirnya diputuskan untuk membatalkan kunjungan ke daerah tersebut. Salah seorang sahabat menentang keputusan itu, dan berkata, “Apakah kita lari dari takdir Allah?” Umar bin Khaththab terkejut dengan tanggapan tersebut, lalu menjawab, “Ya kita lari dari takdir Allah menuju takdir Allah yang lain.”

Allah mengecam orang-orang yang menggunakan takdir sebagai alasan untuk tidak melaksanakan hal-hal yang seharusnya. Allah berfirman:

سَيَقُولُ الَّذِينَ أَشْرَكُوا لَوْ شَاءَ اللَّهُ مَا أَشْرَكْنَا وَلَا آَبَاؤُنَا وَلَا حَرَّمْنَا مِنْ شَيْءٍ كَذَلِكَ كَذَّبَ الَّذِينَ مِنْ قَبْلِهِمْ حَتَّى ذَاقُوا بَأْسَنَا قُلْ هَلْ عِنْدَكُمْ مِنْ عِلْمٍ فَتُخْرِجُوهُ لَنَا إِنْ تَتَّبِعُونَ إِلَّا الظَّنَّ وَإِنْ أَنْتُمْ إِلَّا تَخْرُصُونَ

“Orang-orang yang mempersekutukan Tuhan, akan mengatakan: “Jika Allah menghendaki, niscaya Kami dan bapak-bapak Kami tidak mempersekutukan-Nya dan tidak (pula) Kami mengharamkan barang sesuatu apapun.” Demikian pulalah orang-orang sebelum mereka telah mendustakan (para Rasul) sampai mereka merasakan siksaan kami. Katakanlah: “Adakah kamu mempunyai sesuatu pengetahuan sehingga dapat kamu mengemukakannya kepada kami?” Kamu tidak mengikuti kecuali persangkaan belaka, dan kamu tidak lain hanyalah berdusta.”
(QS al-An’am (6): 148)


Iman kepada takdir adalah kebenaran yang wajib diyakini, tetapi hal itu dimaksudkan agar kita tidak terjajah oleh masa lalu, tersiksa oleh penderitaan masa yang telah lepas, atau tertipu oleh sesuatu yang membuat kita terlena. Allah jelaskan dalam surat al-Hadid apa yang dimaksudkan dengan iman kepada takdir, Allah berfirman:

مَا أَصَابَ مِنْ مُصِيبَةٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي أَنْفُسِكُمْ إِلَّا فِي كِتَابٍ مِنْ قَبْلِ أَنْ نَبْرَأَهَا إِنَّ ذَلِكَ عَلَى اللَّهِ يَسِيرٌ (22) لِكَيْلَا تَأْسَوْا عَلَى مَا فَاتَكُمْ وَلَا تَفْرَحُوا بِمَا آَتَاكُمْ وَاللَّهُ لَا يُحِبُّ كُلَّ مُخْتَالٍ فَخُورٍ

22. “Tiada suatu bencanapun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Lauhul Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.
23. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berduka cita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.” (QS al-Hadid (57): 22-23)

Iman kepada takdir membuat seorang muslim tidak tenggelam dalam penderitaan atau tertipu oleh kenikmatan, karena dia sedar bahawa itu semua sudah ditetapkan oleh Sang Pencipta, Yang Maha Bijaksana dan semua yang Allah tetapkan selalu menyimpan hikmah dan kebijaksanaan. Pendek kata iman kepada takdir dapat menghindarkan sesorang dari pedihnya keputus-asaan dan tipuan kesombongan. Di sisi lain Allah memerintahkan hamba-Nya untuk berbuat untuk kebaikan dirinya. Rasulullah SAW bersabda:

احْرِصْ عَلَى مَا يَنْفَعُكَ وَاسْتَعِنْ بِاللَّهِ وَلَا تَعْجَزْ وَإِنْ أَصَابَكَ شَيْءٌ فَلَا تَقُلْ لَوْ أَنِّي فَعَلْتُ كَانَ كَذَا وَكَذَا وَلَكِنْ قُلْ قَدَرُ اللَّهِ وَمَا شَاءَ فَعَلَ فَإِنَّ لَوْ تَفْتَحُ عَمَلَ الشَّيْطَان. رواه مسلم

“Bersunguh-sungguhlah meraih hal yang bermanfaat untukmu, mohonlah pertolongan kepada Allah dan jangan melemah. Jika Sesuatu menimpamu janganlah engkau berkata, ‘jika dulu aku lakukan ini pasti terjadi begini atau begitu.’ Tetapi katakanlah, Allah sudah menakdirkan, dan apa yang Allah kehendaki pasti terjadi. Kerana perkataan ‘kalau’ membuka perbuatan syaitan[1].” (HR Muslim)

Kesalahfahaman lain yang sering terjadi dalam beribadah juga adalah pemahaman bahwa ibadah hanyalah terbatas pada hal-hal ritual. Banyak umat Islam yang masih belum memahami universaliti Islam, bahawa perintah Allah juga menrangkumi segala kebaikan di pelbagai aspek kehidupan. Dengan ringan tangan, banyak muslim yang menginfakkan jutaan ringgit untuk pergi haji atau umrah. Tetapi jumlah seperti itu sukar didapatkan untuk membangun projek-projek yang berkaitan dengan kemaslahatan bersama. Umat Islam sedar kalau sholat mereka batal kalau mereka berhadas, tetapi banyak tidak khuatir seluruh amalnya batal karena rasuah, kronisme dan menipu.

Kesalahfahaman yang juga banyak terjadi adalah berlebih-lebihan dalam beragama. Ada yang berwudhu tapi sambil membuang air dengan membazir, ada yang sibuk mengucapkan niat sampai tidak dapat mengikuti sholat dengan baik dan khusyu’, ada yang sibuk dengan memendekkan pakaian sampai lupa memperhatikan hati dan memperbaiki akhlak. Ada yang terlalu berlebihan dalam masalah-masalah aqidah sampai mengkafirkan sebahagian besar umat Islam. Ada yang begitu membenci kekafiran tetapi lupa berdakwah dengan hikmah dan nasihat yang baik. Begitu bahayanya sikap berlebih-lebihan dalam agama sampai Rasulullah SAW memperingatkan:

وَإِيَّاكُمْ وَالْغُلُوَّ فِي الدِّينِ فَإِنَّمَا أَهْلَكَ مَنْ كَانَ قَبْلَكُمْ الْغُلُوُّ فِي الدِّينِ. رواه النسائي وابن ماجه والبيهقي والطبراني في الكبير وابن حبان وابن خزيمة وصححه الألباني

“Jauhkan diri kalian dari berlebih-lebihan dalam agama. Sesungguhnya berlebih-lebihan dalam agama telah membinasakan orang-orang sebelum kalian.” (HR an-Nasa’I, Ibnu Majah, al-Baihaqi, at-Thabrani dalam al-Mu’jam al-Kabir, Ibnu Hibban, dan Ibnu Khuzaimah, dan dishahihkan oleh al-Albani)

Begitu banyak kesalahan dalam beribadah terjadi kerana ketidakfahaman terhadap Islam. Sebahagian besar bersumberkan dari jauhnya umat Islam dari pemahaman yang baik terhadap Qur’an dan Sunnah. Jarak yang terjadi bervariasi, mulai dari yang tidak pernah membaca al-Qur’an sama sekali, sampai yang membaca tetapi tidak memahami maknanya. Ada yang memahami sebagian kecil lalu merasa cukup dan merasa sudah pandai, bahkan mengira bahawa Islam hanya terangkum dalam beberapa ayat dan hadith. Ada yang mengaku mengerti al-Qur’an dan meninggalkan Hadith. Ada juga yang serius dengan hadith Nabi SAW tapi justeru meninggalkan al-Qur’an dengan tidak mentadabburi al-Qur’an dengan rutin.

Apakah itu semua terjadi kerana memahami agama Islam itu sulit? Sama sekali tidak. Tetapi siapapun yang menghendaki suatu tempat tapi tidak melalui jalan yang sesuai pasti tidak akan sampai tujuan. Seperti dikatakan oleh seorang penyair:

تَرْجُو النَّجَاةَ وَلَمْ تَسْلُكْ مَسَالِكَهَا إِنَّ السَّفِيْنَةَ لَمْ تَجْرِ عَلَى يَبَسِ

“Kau harap selamat tapi tidak menempuh jalannya

Sesungguhnya bahtera tidak berlayar di atas daratan kering”

Tentangan kedua dalam ibadah adalah diri manusia itu sendiri. Dia berhadapan dengan hawa nafsunya yang sering menggodanya untuk meninggalkan perintah Allah. Dia akan berhadapan godaan dari luar, tetapi semua terkait dengan kekuatan tekad dan keteguhan pendirian hamba Allah tersebut.

Ketika hawa nafsu mengajak kepada hal yang jelas dilarang barangkali masalah menjadi jelas. Yang lebih rumit adalah ketika hawa nafsu mengajak kepada hal yang samar (syubhat), disini dua persoalan merajut satu sama lain sehingga memperumitkan tentangan. Yang lebih rumit lagi adalah ketika hawa nafsu mendapatkan pembenaran yang palsu. Ketika dalil-dalil syar’I yang mutasyabihat (yang samar) dapat digunakan untuk membenarkan pelanggaran.

Semua tentangan itu tidak mudah. Karena itu ibadah seorang hamba tidak akan sempurna tanpa memohon pertolongan Allah. Oleh sebab itu jelas al-Fatihah yang harus diulang-ulang seorang muslim adalah: “Iyyaka na’budu wa iyyaka nasta’in.” (Kepada Engkau kami menyembah, dan kepada Engkau kami memohon pertolongan). Seorang muslim yang menyembah Allah tanpa memohon pertolongan dari-Nya, nescaya akan terjebak dan terjatuh dalam tentangan-tentangan yang sulit dalam perjalan hidup yang penuh dengan ujian.

Semoga Allah SWT senantiasa membimbing kita. Wallahu waliyyut taufiq.
_______________________________________________________________________
[1] Yang dimaksud bahwa kalau membuka amal syaitan dalam hadits ini adalah menyesali masa lalu dan berandai-andai hingga menyiksa diri, padahal masa lalu tak akan diperbaiki hanya dengan penyesalan dan berndai-andai.




25 April 2010

Perjalanan Bermula...

Assalamua'laikum Warohmatullahi Wabarokatuh.

Alhamdulillah, syukur yg tidak putus-putus aku panjatkan hadrat Allah SWT kerana memberi aku peluang untuk berkongsi catatan perjalanan ku kepada semua. Sesungguhnya nikmat Allah yang dilimpahkan kepada sekalian makhluknya adalah tidak terhitung. Namun, manusia seringkali lalai dengan nikmat yang Allah berikan sehingga dia alpa untuk menyelidiki siapakah yang memberikan kepadanya nikmat yang selama ini dia kecap.

Sholawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi panutan umat, qudwah wa uswah kita ila yaumil kiamah, Nabi dan Rasul kecintaan kita, Muhammad, Rasulullah shallallahu a'laihi wa sallam. Semoga sholawat dan salam juga tercurahkan kepada para ahlil bait Baginda, para sahabat wa sahabiah, tabi'in, athba' uttabi'in, para salaf as soleh, para mujahidin dan pendakwah yang bertebaran di segenap pelosok dunia. Mudah-mudahan Allah memperdudukkan diri aku dan diri kamu bersama-sama mereka yang telah dimuliakan oleh Allah dengan perjuangan Islam ini...Kerana itulah cita-cita kita dan impian kita dalam doa yang kita lantunkan setiap hari,

"Ya Tuhan kami, ampunilah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman terlebih dahulu daripada kami, dan janganlah Engkau tanamkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman, Ya Tuhan kami, sungguh, Engkau Maha Penyantun, Maha Penyayang".
(al-Hasyr [59] : 10)

InsyaAllah.

Sebenarnya, ikhwah wa akhowat fillah sekalian, ana sebenarnya sudah lama tidak menulis dalam blog terbuka, walau pun ana ada dua blog sebelum ini, namun kerana ana merasakan bahawa ana punya tanggungjawab lain yang lebih besar untuk diselesaikan, maka ana menghentikan sementara aktiviti penulisan ana dalam blog.

Alhamdulillah, sekarang ana punya kekuatan dan kelapangan untuk meluangkan masa seketika untuk mencurahkan sedikit-sebanyak idea dan pendapat melalui blog ini. InsyaAllah, mudah-mudahan Allah memberikan kemudahan kepada ana dalam usaha ana untuk berkongsi pengalaman dan idea.

"Allahumma inni as-alukal huda wattuqa, wal-'afafa wal ghina"

(Ya Allah aku bermohon kepada Mu petunjuk (hidayah) dan taqwa, keluhuran budi dan kekayaan) (HR Muslim)

Wallahu a'lam.