Assalamua'laikm WBT.
Alhamdulillahi robbil 'alamiin, assholatu wassalamu 'ala Rasulillah, wa 'ala aalihi wa shohbihi ajmain.
Amma ba'du,
Akhirnya hadir juga tahun baru masihi Januari 2011. Selepas setahun berlalu, kita bertemu dengan Januari 2010, selepas pelbagai sepak terjang kehidupan kita hadapi di tahun 2010, selepas kita bergelut dengan kepayahan dalam kenikmatan di tahun 2010, selepas kita berjuang dengan air mata dan darah untuk kembali menghidupkan dakwah yang telah terpukul badai di tahun 2009-2010, selepas kita menikmati pelbagai kisah suka dan duka perjalanan dakwah ikhwah akhowat di tahun 2010.
Maka sekarang, Allah SWT kembali memberikan kepada kita buku tulis baru untuk 2011. Allah SWT memberikan kita diari baru untuk 2011. Allah memberikan kita pena baru untuk 2011, selepas pena yang lepas kehabisan tintanya. Allah memberikan kepada kita juga jurutulis-jurutulis baru untuk tahun 2011, untuk menuliskan keberadaan mereka - darah-darah baru dalam dunia dakwah disamping jurutulis-jurutulis lama yang bersiap-siaga untuk terus menulis dengan tinta darah perjalanan kehidupan mereka di atas jalan dakwah.
Kini, ikhwah akhowat sekalian, ayuh pergunakan buku baru yang Allah berikan untuk kita. Ayuh meng-optimal-kan diari baru untuk kita tulis kisah-kisah baru untuk tatapan mujahid-mujahidah akan datang dalam dunia dakwah. Ayuh gunakan tinta darah dan pena untuk kita nukilkan atas warkah sejarah akan perjuangan kita. Kerana tahun baru ini terbentang seribu satu peluang untuk kita meningkatkan militansi dakwah kita. Kerana pada tahun baru ini, nafas masih lagi Allah berikan pada kita supaya kita menambahkan amal-amal kita sebelum ditarik pinjaman nafas ini.
Ayuh, tinggalkan keraguan, jangan tersibukkan dengan hal yang tidak penting, bangkitkan semangat dan militansi dalam berdakwah. Dan yakinlah bahawa Allah, pasti akan memberikan bantuan dan petunjuk-Nya, untuk membimbing kita mendapatkan kejayaan yang hakiki.
Allahummanshuuril Isalama wal muslimeen,
Allahummanshuril adduatu wal mujahideen fi kulli makaan,
Allahummanshuril mujahideen fi Filisteen, fi Iraq, fi Afghan, fi Sheeshan, fi Kashmir, fi Thailand, fi Philipines, fi Malaysia, fi kulli makaan wa fi kulli zamaan wa fi kulli haal.
Allahumma zuqna syahadah.....
walaupun gambar agak lama...tapi saya suka tengok gambar ni!!!
ReplyDeletememang smart ni akh =]