21 November 2012

Nak Boikot Ke, Tak Nak Boikot ?

Assalamua'laikum WBT.

Innalhamdulillah...
Amma ba'du.

Syukur pada Allah yang telah mengembalikan kesatuan ummat Islam dalam tajuk MEMBELA PALESTIN. Alhamdulillah. Semarak seruan untuk boikot, pulaukan, sebarkan poster, flyers dansebagainya berkenaan boikot barang-barang dan pengeluar Yahudi Zionis bergema di seluruh negara, pada masa sekarang.

Sambutan dan sebarannya terdiri daripada pelbagai lapisan ummah. Pelajar, pekerja, penggiat seni, petani, cikgu, veteran kerajaan, ibu rumah tangga, pecandu facebook, dan seluruhnya. Alhamdulillah...Alhamdulillah...Alhamdulillah... Sekarang masanya untuk kita tunjukkan solidariti ummat Islam (di Malaysia khususnya) untukmembela saudara se-Aqidah kita yang kini dizalimi oleh Zionis la'natullah.

Pagi tadi (baru masuk maudhu'nya), selepas on laptop, bukak facebook, bukak Eramuslim, bukak Muslimdaily, bukak Ar-Rahmah Media, mataku tertumpu pada notification pada facebook. Ada seorang kawan telah meng'post' (mohon maaflah ahli bahasa, ana tak bermaksud nakmerosakkan bahasa, tetapi yg penting sampai maksudnya) satu post berkenaan boikot. Lalu,nak dijadikan ceritanya, adalah seorang hamba Allah ni yang reply post tu dengan menanyakan tentang taknak boikot sekali ke facebook ini. Kawanku tadi reply dengan baik-baik dengan memberi rujukan berkenaan boikot tadi dan penjelasan berkenaan kenapa kita tak boikot facebook. Then, dia pun pertanyakan lagi kenapa tidak diboikot, mana tau Mark Zuckerberg tu menyumbang kepada Yahudi ?

Mungkin banyak antara kita yang masih 'blur' berkenaan isu boikot ini. Ana pun malas dah nak jawab sebenarnya. Tetapi, ana rasa terpanggil dan bertanggungjawab untuk menjawab (dah 2 kali jawab tu) kemusykilan berkenaan isu boikot ni.

Untuk kenyataan daripada Prof Dr Yusuf al-Qaradhawiy (rahimahullah) berkenaan isu boikot ini boleh dapatkan di sini : ( http://muzir.files.wordpress.com/2012/11/fatwa-dyq-mengani-boikot.pdf )

Jadi, seterusnya ana nak kongsi pendapat ana berkenaan isu ini.

1. Isu ini telah diutarakan oleh Prof Dr Yusuf al-Qaradhawiy rahimahullah sejak tahun 2003/2004 lagi berkenaan wajibnya kita (seluruh umat Islam) untuk memboikot dan memulaukan barangan/syarikat/produk/perkhidmatan yang menyumbangkan dananya kepada Yahudi Zionis. Siapakah Prof Dr Yusuf al-Qaradhawiy rahimahullah ini ? Apakah kredibilitinya untuk mengeluarkan fatwa seperti itu ? Cari sendiri. Kalau tokoh sehebat Prof Dr Yusuf al-Qaradhawiy rahimahullah pun tak kenal, memang masalah dalam nak memahami isu boikot dan lain2 isu yang diutarakan oleh beliau.

2. Selain daripada Prof Dr Yusuf al-Qaradhawiy rahimahullah, terdapat ramai lagi ulama' di seluruh dunia yang sependapat, menyokong bahkan menyebarkan lagi fatwa beliau (Prof Dr Yusuf al-Qaradhawiy) berkenaan isu boikot ini. Antaranya boleh lihat di sini :
http://www.infopalestina.com/ms/default.aspx?xyz=U6Qq7k%2bcOd87MDI46m9rUxJEpMO%2bi1s7nUANyXtzna0hWdGl1vqTWhnNA9j2aFlXw0ylbK5Bgj0nTWqkv%2bBpKDacDtP1lDlvCZ9mQfjHnslP4SGeCccP%2bTC26ttOr0sn%2f7QV1972xw8%3d

3. Daripada siapakah suara2 menentang perlaksanaan boikot ini ? Adakah mereka se-kharismatik ulama2 yang memfatwakannya? Rasanya tidak.

4. Hujjah mereka yang membantah perlaksaan boikot adalah dengan menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w dan para sahabat (r. anhum) pernah berjual beli dengan kaum Yahudi.

Ya benar, memang Rasulullah s.a.w dan para sahabat r. anhum pernah berjual beli dengan kaum Yahudi. Tetapi cuba lihat keadaan pada zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat r.anhum dengan zaman kita sekarang. Kalau pada zaman Rasulullah s.a.w, kalau kaum Yahudi melakukan perlanggaran dan kezaliman kepada kaum muslimin, maka Rasulullah s.a.w tidak menunggu lama, terus mengobarkan para sahabat r.anhum untuk membalas kejahatan Yahudi tersebut.

Tetapi sekarang bagaimana ? Saudara se-Aqidah kita di Palestina setiap hari dibunuh dengan peluru, bom, kereta kebal, helikopter dan lain-lain senjata. Apakah kita boleh seperti zaman Rasulullah s.a.w bertindak ? Tidak bukan. Jadi langkah yang paling konkrit yang boleh dilakukan oleh ummat Islam sedunia adalah dengan memboikot produk/barangan/syarikat/perkhidmatan yang menyumbang kepada Yahudi Zionis.

Perlu ana tegaskan bahawa, boikot yang dikobarkan sekarang ini adalah terhadap syarikat/barangan/produk/perkhidmatan yang memberikan sumbangan kepada Yahudi Zionis ya... Bukan boikot semua barangan Yahudi. Bahkan Yahudi yang berada di Amerika Syarikat pun ada yang menentang negara haram Israel dan menentang kaum Yahudi Zionis.

Untuk link bukti sumbangan syarikat dan produk yg kita boikot ada di sini :
http://www.inminds.com/boycott-brands.html    


Jadi, akhirnya tepuk dada tanyalah keimanan diri sendir ya.

Wallahu a'lam.
Washollallahu alaihi wa sallam, wabarokallahu fiikum,
Wassalamua'laikum Warohmatullahi Wabarokatuh.

1 comment: